Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Sistem Komputer mySIKAP

10.31.2013 · Posted in Isu Semasa
Sistem Komputer mySIKAP

Sistem Komputer mySIKAP

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan akan menggunakan sistem komputer baharu mySIKAP di semua pejabat JPJ di seluruh negara mulai esok. Sebagai langkah awal, JPJ negeri kini telah menampal notis pemberitahuan dan membuat hebahan dari semasa ke semasa kepada seluruh pelanggan, termasuk melalui portal, facebook dan twitter jabatan mengenai perkara itu.

JPJ juga membuka bilik gerakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya mulai hari ini untuk memantau isu-isu teknikal atau gangguan sistem semasa pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini.

Sehubungan itu, pelanggan yang berurusan di semua pejabat JPJ dapat bersabar sekiranya berlaku sebarang gangguan urusniaga ketika pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini di semua pejabat JPJ seluruh negara mulai 1 November 2013.

Penggunaan sistem mySIKAP adalah hasil yang diperoleh daripada perintis pelaksanaan sistem komputer mySIKAP secara menyeluruh di JPJ Melaka dan Perlis pada 21 Oktober hingga 28 Oktober lepas.

Bookmark and Share

Leave a Reply

Current ye@r *