Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

RM2000 Tak Pakai Topi Keledar

07.01.2012 · Posted in Isu Semasa

Penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan boleh dikenakan saman mengikut Kaedah 4 Motosikal ( Topi Keledar ) 1973 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333/87 ).

Jika sabit dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sering mengadakan operasi dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan terutamanya tidak memakai topi keledar.

Walaupun pelbagai program telah dilaksanakan, masih terdapat segelintir penunggang dan pembonceng yang tidak mengendahkan peraturan berkenaan terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Kita boleh melihat ada sebahagian ibu bapa yang menunggang motosikal sering mengabaikan keselamatan dengan membiarkan anak mereka membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara punca terjadinya kemalangan maut adalah disebabkan oleh sikap penunggang motosikal yang sering mengabaikan pemakaian topi keledar, sedangkan mereka boleh mengelak daripada risiko termasuk terbabit dalam kemalangan jika mematuhi peraturan jalan raya yang sedia ada.

Sehubungan itu, JPJ akan sentiasa mengadakan pelbagai program untuk mendidik orang ramai supaya mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya terutamanya dikalangan penunggang serta pembonceng motosikal.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup