Remaja Felda Adela Dibelasah

Inikah yang dikatakan remaja berwawasan? Bakal pemimpin masa hadapan? Sungguh memalukan. Apa yang kita saksikan ini merupakan gejala sosial yang sering menghantui mangsa yang pernah menghadapinya.
Video ini menunjukan aksi beberapa orang remaja perempuan sedang membelasah seorang rakan mereka akibat daripada perselisihan faham. Kejadian ini dipercayai berlaku di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor.
Perbuatan remaja perempuan tersebut sungguh mengaibkan. Mereka seolah-olah sudah hilang pertimbangan, bertindak kejam sambil melontarkan kata-kata kesat terhadap mangsa.
Jika sekalipun mangsa ada melakukan kesalahan, bukan begini caranya untuk menghukum seseorang, malah menjatuhkan maruahnya di depan orang lain. Perbuatan mereka sungguh zalim! tidak berperikemanusiaan! Mangsa diperlakukan tidak ubah seperti binatang!..
Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab termasuk mereka yang merakam video tersebut. Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana mereka tidak mempunyai belas kasihan terhadap mangsa.