Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Proton Preve Teknologi Terkini

04.21.2012 · Posted in Sudut Berita

Tahniah kepada PROTON di atas pelancaran model kereta terbarunya, Preve yang telah dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istimewanya Kereta Proton Preve ini kerana ia mempunyai beberapa eksesori tambahan yang sangat menarik serta pilihan warna dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Dengan promosi yang menyakinkan itu sendiri serta penerangan yang agak terperinci dari segi reka bentuk sehinggalah kepada aspek keselamatan yang tinggi serta mempunyai kelebihan dari segi teknologi yang hebat, kita yakin penjualan Proton Preve akan melonjak naik untuk bersaing dengan model kereta keluaran negara lain.

Ketika menonton secara langsung melalui TV1 pada malam 16 April lalu, pelancaran Proton Preve baru itu, kita dapat melihat taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Proton Holdings itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan krewnya dilakukan dengan begitu profesional sekali.

Tahniah kepada Datuk Seri Syed Zainal dan seluruh warga PROTON, semoga segala yang diimpikan oleh seluruh rakyat akan tercapai dengan syarikat pengeluar kereta kemegahan Malaysia itu.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup