Pil Untuk Gugur Kandungan

Published on: Sep 15 2012 by admin

Berita tentang perlakuan maksiat dan pembuangan bayi memang perkara yang tidak asing lagi di negara kita. Boleh dikatakan setiap hari kes berkenaan terpampang di media cetak mahupun elektronik. Itulah sebahagian daripada kehidupan masyarakat di zaman yang serba moden ini, apabila sudah terlanjur, bermacam cara akan dilakukan untuk menutup aib termasuk membuang bayi atau mendapatkan ubat untuk menggugurkan kandungan.

Mengikut statistik, Ubat atau pil yang boleh menggugurkan kandungan memang merupakan salah satu daripada kata carian yang paling banyak di cari di internet. Ini menunjukkan peningkatan tentang gejala ini semakin berleluasa cuma tiada laporan terperinci yang dijalankan. Gejala ini harus ditangani lebih berkesan agar tidak merebak serta merosakkan moral dikalangan masyarakat terutamanya golongan remaja kita.

Isu tentang lambakan ubat haram di negara kita kini kian membimbangkan apatah lagi kemasukan sejenis ubat gastrik yang dikenali sebagai Pil Tuntas yang dipercayai telah diseludup dari Indonesia.

Pil Tuntas atau pil gastrik tersebut dikatakan telah disalah gunakan untuk menggugurkan kandungan oleh sebilangan wanita warga Indonesia yang bekerja di negara ini bertujuan untuk menggugurkan kandungan apabila mereka hamil luar nikah.

Pil itu menjadi pilihan mereka kerana harganya yang agak murah iaitu kurang RM10 satu biji. Bagaimanapun, pil itu jika diambil secara berlebihan untuk menggugurkan kandungan amat berbahaya kerana boleh menyebabkan berlakunya pendarahan teruk, muntah, pening sehingga boleh membawa kepada maut.

Sumber kajian mendapati pil tuntas itu mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai ‘misoprostol’ yang mampu menyebabkan rahim mengecut, sekali gus mengakibatkan ketulan janin gugur secara tanpa kawalan.

Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM mula mengesan penularan pil berkenaan di negara kita selepas mendapat maklumat berhubung penggunaannya di kalangan wanita negara jiran selepas mengandung akibat terbabit dengan kegiatan maksiat atau pelacuran.

Penularan serta pengedaran pil tuntas itu di negara kita masih ditahap terkawal kerana Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) sering membuat pemantauan yang serius kerana pil tersebut bukan hanya boleh mendatangkan bahaya jika diambil berlebihan malah boleh menyebabkan bilangan kes-kes sosial meningkat dikalangan remaja terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Apa yang kita tidak perlu risaukan, bukan semua jenis pil atau ubat gastrik yang berada di pasaran negara kita, boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengguna yang mengambilnya,  sebaliknya hanya pil yang mengandungi ‘misoprostol’ itupun jika ianya diambil secara berlebihan tanpa sebarang pegawasan.
Bookmark and Share

Sorry, the comment form is closed at this time.

Sorry, the comment form is closed at this time.