Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Penyakit Diabetes Berbahaya

04.29.2012 · Posted in Sudut Kesihatan

Kini dianggarkan kira-kira dua juta rakyat Malaysia berisiko menghidap diabetes namun tidak menyedarinya kerana kebanyakan mereka tidak membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahuinya. Anggaran itu melibatkan individu dewasa yang masih belum menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap dan bersekala.

Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati pesakit diabetes meningkat setiap tahun. Pada 2006 terdapat 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan keputusan awal NHMS pada 2011 terdapat tiga juta menghidap diabetes. Peningkatan yang tinggi itu menjadikan Malaysia diantara negara tertinggi berhadapan masalah diabetes di Asia dan dunia.

Diabetes antara penyakit berbahaya di kebanyakan negara dan sehingga kini terdapat 500 juta penghidap diabetes di dunia. Penyakit ini juga telah membunuh empat juta pesakit setiap tahun serta membabitkan perbelanjaan rawatan yang cukup tinggi.

Kementerian mendapati bahawa 6.2 juta rakyat di negara ini kini mengalami lebihan kolestrol, 2.5 juta menghidapi obesiti dan 5.8 juta berhadapan tekanan jiwa. Dari segi amalan dan cara hidup yang tidak sihat seperti perokok tegar, kegagalan penjagaan makanan seimbang dan tidak bersukan merupakan faktor penyebab diabetes semakin meningkat.

Sehubungan itu pihak Kementerian Kesihatan meminta golongan yang berusia 20 tahun ke atas menjalani ujian saringan kesihatan bagi membolehkan langkah pencegahan diambil terhadap penularan penyakit tersebut.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup