Pengeluaran Untuk Haji

Published on: Feb 06 2013 by admin

Pengeluaran Akaun ke-2 KWSP

Ramai yang menyokong tindakan yang diambil oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk urusan haji, tetapi pada kadar yang dibenarkan iaitu hanya RM3,000 untuk sekali pengeluaran sahaja.

Ada yang memberi pendapat serta memohon agar pihak KWSP mempertimbangkan semula jumlah pengeluaran tersebut iaitu dari RM3,000 kepada RM10,000 yang dianggap bersesuaian dengan kos haji yang semakin meningkat sekarang ini.

Bagi kebanyakan rakyat yang berpendapatan rendah, jumlah RM10,000 tersebut amat tinggi dan sukar untuk mengumpul wang sebanyak itu dalam masa yang singkat. Kebanyakan bakal jemaah sudah berusia dan hampir pencen. Justeru, wajar sekali RM10,000 dikeluarkan sebagai kos pembiayaan jemaah di Makkah. Kita amat berharap agar perkara ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak KWSP.

Bookmark and Share

Sorry, the comment form is closed at this time.