Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Pembongkaran Isu Ijazah Palsu

08.03.2012 · Posted in Isu Semasa

Pembongkaran mengenai ijazah palsu kini telah membuka mata orang ramai. Kita akan terus menyokong Berita Harian kerana telah memaparkan isu intelektual yang jarang disentuh media sebelum ini. Lazimnya berita politik dan kemasyarakatan yang selalunya mendapat tempat tetapi kini isu berkaitan ijazah palsu.

Moral ceritanya, segulung ijazah mampu dibeli dengan wang ringgit. Sebelum ini pendedahan berkaitan ijazah palsu yang kononnya telah membabitkan universiti tempatan, kini sebuah pusat pengajian swasta yang menipu pelanggan untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Pihak berkuasa telah bertindak dengan tegas dan cekap. Tahniah! kedua-dua kes yang membabitkan penipuan telah berjaya ditahan dalam masa yang singkat. Kita bangga dengan tindakan pantas pihak polis kerana golongan yang malas belajar dan berfikir tidak sepatutnya mendapat kelulusan yang tinggi walaupun membabitkan ijazah palsu.

Dengan sistem pendidikan kita yang sudah fleksibel dan mudah. Ijazah sangat mudah untuk dimiliki oleh sesiapa saja dan hanya perlu ada wang. Ada universiti yang menjaga kebajikan pelajarnya supaya semua mereka lulus kerana takut reputasinya jatuh. Ini disandarkan kepada premis bahawa ilmu itu dijual tidak ubah seperti komoditi.

Apa-apapun sebagai ibu bapa atau pelajar, kita seharusnya pandai untuk memilih mana yang lebih penting, ilmu pengetahuan atau hanya sekeping kertas yang bernama ijazah semata-mata.

Isunya yang utama di sini ialah ada segelintir individu yang sanggup meletakkan singkatan ‘Dr’ di depan namanya dan apabila disoal lulusan dari mana, bila bergraduat, bidang apa dan lain-lain lagi, dengan tangkas terus menikus atau menukarkan topik perbualan. Perlu diingatkan bahawa ketinggian ilmu pengetahuan seseorang tatkala mencapai tahap kedoktoran adalah sumbangan pasca kedoktorannya dalam bidang yang dikuasainya. Ia disebar kembali kepada jagat manusia dari sekecil-kecil lokasi sekelilingnya dan sebesar-besar dunia global.

Kemampuan untuk dirujuk, dirunding, memimpin dan menjadi mentor dalam bidangnya baru diterima sebagai scholar atau sarjana yang sentiasa segar sepanjang zaman dalam bidang kepakarannya. Gelaran di depan nama itu hanya berupa lesen tetapi jika dengan berlesen tiada sumbangan kepada rakan manusiawi, adalah lebih baik tidak bergelar apa-apa langsung.

Bookmark and Share

4 Responses “Pembongkaran Isu Ijazah Palsu”

  1. senangnye.. bila ade duit semua boleh dapat..
    realiti dunia zaman kini

  2. Boleh pulak tu beli..aku tgk yg kes baru nie, gambo dia amik, degree tu mmg real woo~ huhu..

  3. memang xadil bg mereka yg bertungkus lumus tuk dptkn ijazah slma berthn2… dorang sng2 jer dpt…tu la dgn duit suma pun bole

  4. Isu ini bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi juga di luar negara. Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil pendekatan semaksima mungkin untuk membendung masalah ini. Bukan sahaja tidak adil kepada golongan yang betul2 bertungkus lumus menghabis kan masa, tenaga dan wang ringgit belajar bertahun-tahun di U, tetapi juga lama kelamaan akan menjejaskan kualiti pendidikan serta modal insan di negara kita. Laporan mengatakan ada golongan yang menipu ijazah atau kelayakkan akadmik palsu ini memegang jawatan yang penting dalam beberapa organisasi dan meraka berpangkat datuk serta Tan sri.