Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Nor Ain Mangsa Bunuh Dan Bakar

04.24.2012 · Posted in Sudut Berita

Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan langsung!. Manusia atau binatang!. Masih ada lagi manusia sedemikian yang tidak serik-serik dengan perbuatan yang melampaui batas terhadap golongan insan yang lemah. Pihak kerajaan sentiasa melaporkan bahawa kadar jenayah di negara kita masih ditahap rendah dan tidak membimbangkan tetapi apa yang berlaku kini sama sekali tidak dapat diterima. Sampai bila kita harus didedahkan dengan berita seperti ini?.

Seorang demi seorang di kalangan kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa kerakusan manusia berhati syaitan. Terkini, kehilangan seorang remaja perempuan, Nor Ain Shafnie, 16, yang telah dilaporkan hilang oleh ibunya sejak 3 April lalu di rumah mereka di RKT Kesedar, Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan, terungkai apabila pihak polis berjaya menemui mayat mangsa dalam keadaan yang amat mengerikan.

Hati ibu mana yang tidak hancur apabila anak bongsu daripada 10 adik beradik itu telah di temui mati dengan rangka serta tulang mangsa bersepah di dalam kawasan belukar berhampiran ladang sawit di tepi jalan ke Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, petang kelmarin.

Menurut pihak polis, rangka serta tulang bersama tengkorak yang dipercayai milik Nor Ain Shafnie, 16, ditemui di dalam kawasan belukar tersebut tidak jauh dari rumahnya itu oleh seorang pekerja kontrak mengangkut buah sawit kira-kira jam 6 petang.

Sebelum kejadian tersebut, Nor Ain dilaporkan telah keluar dari rumahnya di RKT Kesedar Jeram Tekoh itu jam 9 pagi sebelum didapati hilang oleh ibunya kerana mangsa tidak pulang ke rumah bersama motosikal yang ditungganginya sehingga lewat malam pada hari sama.

Turut ditemui berhampiran rangka tulang itu sebuah motosikal yang dibakar, seutas jam tangan dan dompet berisi kad pengenalan mangsa bersama seluar jeans yang sudah ditanggalkan.

Tindakan pantas pihak polis juga telah berjaya menahan lapan orang yang disyaki ada kaitan dengan pembunuhan kejam tersebut termasuk enam lelaki dan dua wanita untuk membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.

Kejadian ini amat memilukan kita semua sebagai rakyat Malaysia dan oleh itu kita amat-amat berharap agar pihak berkuasa mengesan penjenayah sebenar yang terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup