Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Mohon Kerakyatan Malaysia

07.26.2012 · Posted in Sudut Pengetahuan

Taraf kerakyatan hanya diberikan kepada mereka yang layak dan memenuhi syarat dan undang-undang berasaskan Perlembagaan Persekutuan. Warga asing dibenarkan memohon kewarganegaraan seperti termaktub mengikut Perkara 19(1) dan Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan tetapi perlu mendapatkan permit masuk daripada Jabatan Imigresen terlebih dulu dan perlu mematuhi syarat-syarat tertentu.

Selepas itu, pemohon perlu mendapatkan kad pengenalan merah untuk mendapatkan taraf Pemastautin Tetap (PR). Bagi pemohon yang berkahwin dengan rakyat tempatan, mereka mesti menetap di sini secara sah sekurang-kurangnya dua tahun bagi wanita dan 12 tahun bagi lelaki.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup