Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Menabung Jadikan Amalan Hidup

04.15.2012 · Posted in Sudut Pengetahuan

Menabung adalah amalan menyimpan wang dan berjimat cermat yang patut diamalkan oleh setiap individu. Amalan ini berteraskan kesedaran seseorang untuk menjamin masa depannya.

Pada zaman serba moden ini, terdapat pelbagai cara canggih dan moden untuk menabung. Sesetengah individu menyimpan wang mereka di bank untuk mendapatkan faedah dari hasil simpanan tersebut. Selain itu, terdapat ramai juga yang melabur dalam bursa saham kerana ia memberikan faedah yang banyak. Kini antara pelaburan yang mendapat perhatian ramai ialah pelaburan emas.

Ada banyak faedah yang boleh dimanfaatkan daripada aktiviti menabung atau pelaburan. Melalui aktiviti ini, kita dapat menambah pendapatan dengan menyimpan wang di dalam bank secara berterusan serta dalam jangka masa yang panjang. Justeru, menabung menjamin kehidupan yang lebih selesa.

Bagi tujuan itu, kita hendaklah mula menabung sebaik-baik mula bekerja. Menabung seolah-olah sebagai langkah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ketika senang kita hendaklah berjimat cermat supaya wang itu dapat digunakan pada waktu kita menghadapi kesempitan atau masalah yang tidak dijangka.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup