Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Memiliki Barang Curi

07.09.2012 · Posted in Sudut Pengetahuan

Barang curi? Tidak kiralah apa jenis barang sekalipun sekiranya ianya barang curi, ia tetap akan dikira berdosa sekiranya memilikinya. Pernahkah anda kehilangan sesuatu barangan yang berharga atau barangan yang dikategorikan sebagai barangan paling anda sayangi? Hilang ataupun dicuri orang? Sekiranya hilang atau tercicir, mungkin kita tidak akan terasa terkilan sangat. Sekiranya hilang dicuri orang? Mungkin kita akan berasa marah.

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah berkenaan memiliki barangan curi. Jika kita tidak mencuri tetapi kita memiliki barang dari hasil curi seperti membelinya daripada seseorang yang pastinya mungkin dari seorang kawan maka kita juga sama juga seperti orang yang mencuri.

Perlu diingat, setiap perbuatan yang kita lakukan akan mendapat balasan yang berkali ganda daripada itu tanpa kita sedari. Contoh, apabila kita mencuri atau memiliki barang curi seperti topi keledar, maka kita akan berdepan dengan pelbagai masalah berkaitan barangan curi tersebut seperti sering kena saman polis atau JPJ atas kesalahan lalu lintas ( pada mereka yang tidak memiliki lesen memandu ), motosikal sering rosak atau sering terlibat dalam kemalangan dan motosikal hilang dicuri. Disebabkan memiliki topi keledar curi, kita terpaksa mengeluarkan nilai yang tinggi disebabkannya.

Seperti topi keledar curi, kini semakin berleluasa kes kecurian laptop dan telefon mudah alih. Jika kita membeli atau memiliki laptop curi, maka kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah kerosakan pada barangan tersebut yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Mungkin barangan yang kita beli dengan hasil titik peluh sendiri yang akan menjadi galang-gantinya ( hilang ). Memiliki barangan curi akan membuatkan hidup kita akan sentiasa merasa terhimpit tanpa kita sedari.

Pernah terjadi pada seorang sahabat yang memiliki baju yang dicurinya 5 tahun dahulu, rumahnya terbakar hagus tetapi baju tersebut tidak terbakar bersama beberapa helai pakaiannya yang lain. Kejadian tersebut membuatkannya insaf dan bertaubat kerana menyangkakan baju yang dicuri tersebut sudah lama hilang. Baju tersebut telah dibakarnya.

Hati-hatilah dengan setiap perkara yang  kita lakukan setiap hari. Sekiranya kita sering mengingati Allah SWT, maka kita boleh menghindari perkara seumpama itu. Memiliki barangan curi akan membuatkan hidup kita sengsara setiap masa selagi barangan tersebut masih kita miliki.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup