Masalah Sosial Pelajar IPT

Published on: Oct 11 2012 by admin

Kerajaan mengingatkan pihak pengurusan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara agar tidak memandang ringan masalah sosial yang semakin membimbangkan di kalangan  pelajar. Gejala ini dilihat bukan sahaja menjejaskan pembangunan modal insan negara malah merosakkan akhlak generasi muda terutamanya pelajar yang beragama Islam.

Masyarakat sering diperlihatkan dengan aksi-aksi sumbang penuntut IPT yang rata-ratanya berusia dalam lingkungan 18 hingga 22 tahun tidak segan silu duduk bersembang dan berpelukan bersama teman lelaki di tempat terbuka terutamanya di hadapan rumah sewa pelajar pada waktu malam. Ada segelintir daripada mereka menjadikan rumah sewa sebagai tempat memadu kasih dan bukan datang untuk menimba ilmu. Semua ini berpunca apabila mereka lupa akan asal usul serta keluarga di kampung selain terpengaruh dengan sikap rakan yang gemar bersosial.

Menurut  Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), terdapat kolej di negeri Melaka yang keadaannya agak mendukacitakan berkaitan masalah sosial. Statistik menunjukkan pihak JAIM telah membuat banyak tangkapan namun ‘pesalah’ masih tidak serik. Pemantauan perlu dilakukan dengan segera oleh pihak berkenaan terutamanya bagi pihak pengurusan kolej atau mana-mana pusat pengajian itu sendiri bagi mengatasi perlakuan sumbang penuntut mereka.

Bookmark and Share

Sorry, the comment form is closed at this time.

Sorry, the comment form is closed at this time.