Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Lukisan Pensil Warna

07.02.2012 · Posted in Sosial Dan Hiburan

Apakah hadiah yang paling istimewa yang anda selalu berikan kepada pasangan anda apabila tiba hari lahirnya? Jam tangan? Pakaian? Kad ucapan atau sekadar keluar bersama bagi meraikan hari lahirnya.

Selalunya, apabila tiba tarikh istimewa tersebut, ramai pasangan akan mengambil kesempatan untuk keluar bersama seperti bersiar-siar atau menonton wayang gambar bagi menghargai hari tersebut.

Bagi sesetengah orang, lukisan potret menjadi pilihan terbaik untuk menghargai pasangan masing-masing. Bagi mereka yang pandai melukis, tentu lukisan potret pasangannya menjadi pilihan yang cukup istimewa. Bagi penulis, lukisan potret membawa seribu makna.

Gambar di atas adalah lukisan potret seorang penuntut diĀ Universiti Pendidikan Sultan IdrisĀ (UPSI). Gambar tersebut telah dilukis oleh penulis dengan menggunakan pensil warna.

Sebenarnya lukisan ini adalah ilham daripada penulis untuk seorang sahabat yang ingin menghadiahkan sesuatu yang berlainan untuk pasangannya kerana dia sendiri sudah buntu untuk memilih hadiah yang paling sesuai.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup