Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Krim Penjagaan Muka Berbahaya

02.16.2012 · Posted in Sudut Kesihatan

Terdapat banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan di pasaran negara kita, baik dari luar negara mahupun buatan tempatan. Adakah kita tahu bahawa produk-produk tersebut selamat untuk digunakan?.

Baru-baru ni Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan amaran kepada orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan produk ‘ Daily Protecting Cream: Jole et Beaute’ dan beberapa lagi produk jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan analisis yang dijalankan telah menemui bahan logam berat merkuri dalam keluaran produk tersebut.

Kenyataan daripada Kementerian Kesihatan telah melarang pengguna dari menggunakan produk jenama Yoko iaitu jenis krim Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream,Yoko freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.

Penggunaan produk tersebut boleh mendatangkan mudarat serta kesan sampingan terhadap pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan bahan itu cenderung berkumpul dalam badan.

Kepada pengguna yang pernah menggunakan produk-produk keluaran Yoko tersebut diminta berhenti daripada menggunakannya serta meminta nasihat daripada doktor.

Sehubungan dengan itu, Pihak Kementerian meminta orang ramai agar menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-7883 5532/ 5534/ 8495 atau menghantar e-mel kepada kosmetik@bfpk.gov.my untuk sebarang pertanyaan.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup