Kes Rogol Semakin Meningkat

Published on: Jan 31 2013 by admin
Statistik Kes Rogol Di Malaysia

Statistik Kes Rogol Di Malaysia

Jenayah rogol yang melibatkan golongan remaja di bawah umur kini dilaporkan semakin membimbangkan. Mengikut perangkaan yang dibuat oleh pihak polis, kes rogol telah dilaporkan berlaku setiap minggu dan dari jumlah itu sebanyak 99 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai rogol suka sama suka.

Kebanyakan remaja hari ini terdedah dengan pelbagai anasir negatif yang mudah diperoleh terutamanya melalui internet. Jika dahulu kes rogol melibatkan golongan dewasa, hari ini tidak lagi dan yang terkini melibatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan telah dirogol oleh sekumpulan enam lelaki.

Ini merupakan satu fenomena yang tidak normal, bagaimanapun bagi pihak keluarga seharusnya  mengambil tahu aktiviti anak mereka, dengan siapa mereka berkawan dan tidak terlalu melindungi mereka.

Melakukan persetubuhan dengan mana-mana gadis di bawah umur akan diklasifikasi sebagai rogol dan polis  akan bertindak menahan serta mendakwa pasangan terlibat walaupun siasatan mendapati ianya berlaku kerana suka sama suka.

Bookmark and Share

One Comment to “Kes Rogol Semakin Meningkat”

  1. kaishin says:

    erm isu panas ni, ditegur nanti dikata busy body

Sorry, the comment form is closed at this time.