Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Kejadian Amuk Di Putrajaya

07.11.2012 · Posted in Sudut Berita

Kejadian amuk yang menggunakan pedang samurai berhampiran Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, kelmarin dipercayai berpunca daripada masalah mental akibat terlalu taksub dengan ajaran sesat yang kumpulannya belum dikenal pasti lagi.

Dalam kejadian tersebut, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Imam Mahdi’ meninggal dunia 15 minit kemudiannya setelah dimasukkan ke hospital selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis manakala wanita yang dikenali sebagai Muhdalina Ahmad, 28, pula cedera apabila terkena satu das tembakan di paha. Menurut siasatan polis, kedua-dua suspek dikatakan baru mengenali antara satu sama lain dan masing-masing dipercayai sudah berkahwin.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala wanita berkenaan direman mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 307, 427, 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1), Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sebelum kejadian itu berlaku, kedua-dua suspek dikatakan telah dihantar oleh sebuah kenderaan ke tempat kejadian dan polis masih menjejaki individu terbabit manakala dua bilah pedang samurai dengan satu daripadanya sepanjang kira-kira satu meter dan sebilah pisau pemotong daging yang dikatakan telah digunakan oleh kedua-dua suspek dalam kejadian itu ditemui.

Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka termasuk dua das yang terkena suspek lelaki dan satu das terkena suspek wanita bagi mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai tidak mempolitikkan kejadian berkenaan.

Bookmark and Share

1 Ulasan “Kejadian Amuk Di Putrajaya”

  1. mcm2 hal sekarang ni.