Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Jenayah Di Malaysia

01.17.2013 · Posted in Isu Semasa
Banteras Kes Jenayah Di Malaysia

Banteras Kes Jenayah Di Malaysia

Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar kejadian jenayah berlaku terutamanya rompakan serta pembunuhan. Jika mengikut statistik, boleh dikatakan kadar jenayah di Malaysia adalah terkawal tetapi sedikit sebanyak masih wujud kerisauan di kalangan masyarakat kerana penjenayah masa kini semakin berani melakukan jenayah.

Beberapa cadangan telah diketengahkan agar dapat membantu pihak berkuasa terutamanya pihak polis dalam mewujudkan sebuah persekitaran bandar yang selamat. Antara cadangan yang difikirkan adalah yang terbaik ialah memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kaki lima bangunan dan kawasan tumpuan serta pastikan tanda amaran seperti ‘KAWASAN DIAWASI OLEH CCTV’. Kerjasama dengan pihak pemaju juga boleh dilakukan dengan mensyaratkan semua pembinaan bandar baru haruslah mempunyai sistem pemantauan CCTV.

Mewajibkan setiap premis perniagaan terutamanya yang beroperasi 24 jam memasang sistem ‘panic button’ yang dihubungkan terus kepada balai polis dan unit kereta peronda PDRM. Pemasangan ‘panic button’ membolehkan sesuatu kejadian yang berlaku dihubungkan secara pantas kepada pihak polis.

Rondaan bersama anggota polis, tentera serta RELA juga boleh membendung kegiatan jenayah daripada berlaku. Ini dilihat amat berkesan kerana banyak kes jenayah berjaya digagalkan hasil rondaan yang lebih kerap. Diharapkan dengan pembabitan oleh beberapa agensi keselamatan dan masyarakat setempat, jenayah dapat dielakan daripada berlaku.

Apa yang sering menjadi tanda tanya adalah mengapa masih ada rakyat kita yang ingin hidup senang dengan jalan yang berisiko sedangkan warga asing lain sedang bertungkus-lumus bekerja mencari rezeki secara halal di Malaysia?.

Bookmark and Share

Comments are closed