Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Isu Warga Afrika Di Malaysia

04.07.2012 · Posted in Isu Semasa

Kebanjiran ramai pendatang warga asing di Malaysia memang tidak dinafikan. Walaupun pihak kerajaan sedaya upaya cuba mengekang kebanjiran mereka namun masalah ini seperti tiada penghujungnya. Setiap kali kita mendengar atau membaca tentang perihal warga asing ini yang sering mendatangkan masalah kepada negara termasuk masyarakat. Macam-macam kes yang berlaku seperti culik, pergaduhan, pengedaran dadah, samun, bunuh dan penipuan telah didedahkan oleh pihak media.

Media kini tidak putus-putus melaporkan tentang salah laku warga asing terutamanya melibatkan warga Afrika. Muak, bosan, loya dan meluat dengan perangai warga Afrika. Rata-rata rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati terhadap Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen oleh kerana gara-gara rakyat asing terbabit.

Teruk sangatkah rakyat Malaysia, sehingga warga Afrika ini berjaya mendominasikan bukan sahaja wanita tempatan kita, malah sesetengah tempat awam, kawasan tempat tinggal dan negara kita menjadi tempat paling selamat untuk mereka, sehingga tidak dapat dihalang oleh rakyat tempatan termasuklah pihak kerajaan sendiri.

Dulu kita sibuk memerangi institusi persendirian mengenai visa pelajar, dalam beribu-ribu mereka yang digempur, tidak sampai 500 orang sahaja yang berjaya dihantar pulang. Kita tidak tahu atas alasan apa rakyat Nigeria dan warga Afrika lain berada di Malaysia?. Berapa banyakkah kedutaan dari benua Afrika itu sendiri yang beroperasi di Malaysia?. Selama ini tidak terfikirkah kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah menutup sementara kedutaan yang mempunyai ramai rakyatnya yang bermasalah di negara ini?.

Persoalannya, berapa keratkah warga Afrika yang sebenar-benarnya menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk menuntut ilmu?. Jika anda tidak percaya, lihat saja kedutaan Nigeria yang terletak di Jalan Ampang Hilir. Setiap pagi dari Isnin hingga Jumaat, berapa ramai rakyat mereka berlegar-legar di luar pintu pagar kedutaan?. Semuanya memandu kenderaan sendiri, berpakaian mengalahkan pelakon Danzel Washington, malah Will Smith, yang wanitanya pula mengalahkan Queen Latifah atau Mary J.Blige. Jika diperhatikan kerenah mereka, adakah mereka ini layak diberi visa pelancong?. Visa pelajar?. Visa pekerja?. Itu baru Nigeria, belum lagi kedutaan Afrika yang lain termasuk Kedutaan Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.

Kerajaan kita masih berlembut malah sanggup memanjangkan program pemutihan. Jika tiada langkah yang diambil lebih berkesan untuk mengatasi masalah tersebut, tidak mustahil negara kita akan menjadi seperti negara-negara lain yang kini sedang bergolak. Kepada mereka yang berada di kementerian tertentu, bila lagi hendak membuka mata?. Mahu menunggu rakyat Malaysia sendiri yang membanteras mereka?.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup