Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Isu Penjualan Bayi

02.22.2012 · Posted in Isu Semasa

Isu dagang bayi bukan lah satu cerita yang baru, malah sudah wujud sejak sekian lama apabila ada tawar menawar dan pemintaan daripada kedua belah pihak. Harga yang begitu mahal tidak menjadi masalah kepada sebilangan individu yang terlalu inginkan anak khususnya kepada pasangan yang sukar mendapat zuriat. Isu sebegini tidak hanya terjadi di Malaysia, malah di seluruh dunia, isu memperdagangkan bayi masih berleluasa dan semakin mudah terutamanya wujudnya sindiket yang menjadi orang tengah bagi memudahkan pelbagai urusan termasuk penukaran identiti serta pendaftaran bayi.

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan telah berjaya mematahkan kegiatan satu sindiket menjual bayi yang membabitkan sebuah klinik swasta di ibu kota yang sudah menjalankan kegiatan itu sejak 10 tahun lalu. Sindiket itu menjadikan premis tersebut sebagai markas utama untuk membekalkan bayi yang baru dilahirkan kepada pasangan yang telah menempahnya dengan kadar bayaran yang tertentu.

Kini, penjualan bayi juga semakin laris disebabkan harga dan permintaan tinggi menjadikan kegiatan itu sukar dipadamkan. Pihak berkuasa tempatan juga mengakui, harga yang ditawarkan kini melambung tinggi hingga boleh mencecah sehingga RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan tona kulit dan dilengkapi dokumen Pengenalan Diri seperti Sijil Kelahiran ketika proses pembelian.

Hakikatnya, kehadiran bayi sentiasa dinanti-nantikan pasangan yang sudah berumah tangga. Kehidupan di kelilingi anak umpama magis untuk mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri. Ini secara tidak langsung wujud suasana harmoni, bahagia dan ceria dengan suara riuh rendah tangisan si kecil. Pastinya semua ibu bapa mengharapkan permata hatinya apabila dewasa kelak menjadi anak yang berjaya dan boleh menumpang kasih serta menjaga mereka apabila sudah mencapai usia senja.

Namun, tidak semua bernasib baik, tunggu bertahun-tahun masih belum dikurniakan cahaya mata, tidak kurang ada yang disahkan mandul. Ada yang sudah dikurniakan anak semuanya perempuan atau lelaki, jadi teringin anak yang berlainan jantina. Yang bujang juga mahu memiliki anak angkat untuk menghilangkan kesunyian. Lantaran faktor itulah mendorong mereka untuk mendapatkan ‘bayi segera’ dengan apa cara sekalipun.
Mungkin ada diantaranya cuba menggunakan saluran yang betul menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, tapi disebabkan syarat yang ketat atau tidak layak, mereka terpaksa mengambil jalan mudah dengan beli saja dari orang yang sedia menawarkannya.

Jadi tidak mustahil gerakan memperdagangkan bayi ini berlarutan dan semakin mudah menerusi sindiket yang menyediakan semua urusan tanpa curiga. Meraka pula tidak takut ditangkap ‘untung sabut timbul, untung batu tengelam’. Selagi tidak ‘masuk perangkap’ pihak berkuasa, selagi itu mereka bersenang lenang mengaut keuntungan tanpa perlu berpenat lelah. Sudah tentu ramai yang sudah diheret ke mahkamah atas kesalahan terbabit, denda atau penjara jika sabit kesalahan, langsung tidak diendahkan atau serta mengerunkan mereka.

Tambahan pula, ada pula ibu yang sanggup menjual anak atal pelbagai faktor seperti tekanan ekonomi, kemiskinan dan tidak mahu menanggung malu kerana lahirkan anak luar nikah. Kewujudan klinik persendirian yang bersekongkol dengan sindiket termasuk sanggup membiayai sepenuhnya kos bersalin dan rawatan kepada ibu bagi tujuan itu seolah-olah menggalakkan aktiviti berkenaan.

Banyak kes yang kita dengar, wanitayang bekerja sebagai GRO dan pelacur melahirkan saja anak luar nikah, kemudiannya menjual kepada pihak yang mahu. Bagi sesetengah kes, bayi yang masih dalam kandungan sudah siap ditempah awal-awal lagi. Sepanjang tempoh mengandung sehingga melahirkan bayi, semua kos perubatan, rawatan sebelum dan selepas bersalin dibiayai sepenuhnya. Yang menariknya, bayi berkenaan dijual mengikut harga tertentu bergantung kepada keadaan kesihatan, warna kulit, jantina dan bangsa.

Satu kes yang menarik pernah berlaku, pasangan suami isteri yang sudah berkahwin selama 15 tahun belum dikurnaikan zuriat, menempah dengan membayar deposit RM2,000 untuk bayi yang dikandungkan oleh seorang remaja yang berusia 21 tahun. Atas persetujuan itu segala perbelanjaan di sediakan sepanjang tempoh mengandung dan diberi makanan berkhasiat supaya anak yang dilahirkan itu sihat dan cukup sifat.Semua berjalan lancar, sebai saja bayi itu dilahirkan di sebuah hospital, pasangan itu ingin mengambilnya untuk proses selanjutnya, namun, seorang jururawat di situ menghalang kerana anak itu dipercayai telah dijangkiti oleh HIV/ Aids daripada ibunya

Berlainan pula dengan satu kes yang pernah dilaporkan di akhbar, seorang GRO didatangi oleh sepasang suami isteri berketurunan cina yang ingin menempah anak luar nikah yang sedang dikandungnya dengan harga RM20,000. Wanita yang pada awalnya bersetuju menyerahkannya, kemudian membatalkan niatnya, selepas mengambil keputusan untuk menjaga anak itu sendiri, selain bertekad untuk mengubah cara hidup dan tidak mahu lagi bergelumang dengan dosa.

Jika kita menjengah kes yang sama berlaku di luar negara. Jual anak pula diperdagangkan secara terbuka di internet dalam laman web lelong eBay. Di China, umpamanya bilangan bayi yang tidak diingini semakin meningkat memberi idea kepada ibu-ibu mengiklankan bayi di laman eBay. Sebagai contoh, pasangan di China ditahan kerana menjual bayi yang baru lahir untuk membiayai aktiviti perjudian. Di Jerman, pihak berkuasa pernah menyiasat kes, seorang ibu yang menawarkan anak berusia lapan bulan, juga di jual di laman lelong eBay. Meskipun, tawaran itu dianggap jenaka oleh ibu muda terbabit, namun polis tetap menjalankan siasatan kerana mempermain-mainkan isu ini.

Di Tajikistan, prosedur pengambilan anak angkat secara sah yang sukar menyebabkan kalangan rakyatnya terpaksa melakukan apa saja untuk mendapatkan anak. Apabila terdengar sahaja ada wanita di hospital bersalin mahu menjual bayi, mereka akan segera ke sana untuk membelinya.

# Pernah terjadi, seorang remaja perempuan melelong neneknya di laman eBay kerana tidak tahan dengan leteran neneknya itu.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup