Isu Penjara Pemandu Cuai

Cadangan tentang hukuman penjara terhadap pemandu yang telah menyebabkan kemalangan maut telah dikemukakan kerana kes kemalangan jalan raya yang semakin banyak berlaku terutamanya dimusim-musim perayaan. Walaupun pelbagai kempen keselamatan jalan raya telah dilancarkan, namun bilangan kemalangan terutamanya kemalangan maut makin meningkat setiap hari. Tujuan cadangan ini dikemukakan seolah-olah sudah tiada jalan penyelesaian lain untuk menanganinya.
Secara andaian, apabila seseorang berada di jalan raya, baik pemandu kereta, lori, penunggang motosikal atau pejalan kaki, sebenarnya mereka hanya boleh menjaga keselamatan diri mereka sebanya 50% saja. 50% lagi keselamatan mereka itu berada ditangan pengguna jalan raya yang lain. Timbul persoalannya, bagaimana kes kemalangan seperti ini diselesaikan jika kemalangan itu disebabkan berpunca daripada satu pihak lain, tetapi yang mengalami kemalangan pula di pihak yang lain.
Sebagai contoh, sebuah kenderaan A tiba-tiba ingin membuat pusiang U secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang isyarat kepada pemandu kereta lain dibelakangnya, sudah tentu pemandu kenderaan dibelakangnya itu akan terkejut dan cuba untuk mengelak daripada berlaku perlanggaran dengan memasukki lorong yang bertentangan. Ketika memasukki lorong bertentangan, datang pula sebuah kenderaan c, lalu bertembung hingga berlakunya kemalangan maut. kenderaan yang menyebabkan kemalangan maut itu berlaku adalah kenderaan A, tetapi dia tidak terbabit dalam kemalangan tersebut. Dalam kes ini siapa yang harus dikenakan hukuman penjara?. Pemandu kenderaan A, B atau C?.
Memang tidak dinafikan bahawa ada pengguna jalan raya yang mempunyai sikap buruk tidak bertimbang-rasa, memandu mengikut nafsu, terburu-buru serta tidak menghormati undang-undang jalan raya. Kerana sikap seperti itu, banyak nyawa tekorban. Mereka ini kadang-kadang sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang kerana pandai melepaskan diri dari kesalahan.
Oleh itu, persoalannya ialah apakah undang-undang itu nanti boleh memberi jaminan kepada pemandu yang benar-benar menyumbang kepada kemalangan maut menerima hukuman. Justeru, sebelum cadangan ini diterima, semua pihak perlu membuat kajian dengan teliti dengan menyediakan beberapa mekanisme perundangan yang memungkinkan tidak berlaku penganiayaan terhadap pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berhemah tetapi terbabit dengan kemalangan maut akibat daripada sikap buruk pengguna jalan raya yang lain.