Isu Penculikan Kanak-Kanak

Published on: Jun 17 2012 by admin

Penculikan yang berlaku ke atas kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar ketika berjalan kaki ke sekolah telah menjadi isu hangat baru-baru ini.

Kejadian itu sebagai peringatan kepada ibu bapa agar lebih berhati-hati dan mementingkan aspek keselamatan anak-anak mereka kerana anak adalah anugerah daripada ALLAH SWT yang tidak ternilai dan menjaganya adalah satu amanah kerana mereka yang akan membangunkan generasi kita pada masa akan datang.

Masyarakat sudah tentunya menyambut baik kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) bagi memantau sekolah untuk memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

Pemantauan ini membuktikan kerajaan Malaysia amat prihatin dan mengambil berat soal keselamatan anak dan kita seharusnya berterima kasih kerana tanpa pemantauan ini, masalah culik, rogol dan bunuh akan terus berleluasa. Kita semestinya tidak mahu setiap tragedi yang telah berlaku akan berulang kembali.

Selain itu, pemantauan ini juga banyak membantu mengurangkan kadar kes penculikan yang sering berlaku di negara kita terutamanya membabitkan kanak-kanak dan remaja, sekali gus membantu pihak polis dalam bersama-sama membanteras jenayah tersebut.

Sebagai anggota masyarakat, kita seharusnya bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana kerajaan di negara kita mementingkan aspek keselamatan dan kebajikan rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

Bookmark and Share

Sorry, the comment form is closed at this time.

Sorry, the comment form is closed at this time.