Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Isu Pemilihan Pembantu Rumah

06.21.2012 · Posted in Isu Semasa

Kemasukan 8,000 pembantu rumah warga Indonesia ke negara ini pada setip bulan bagi menampung keperluan dan permintaan majikan di Malaysia dilihat sebagai perkembangan yang membimbangkan.

Seharusnya kerajaan mengambil inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja dari Indonesia. Malaysia perlu mengambil sikap selektif bagi memilih pembantu rumah dari negara seberang yang dilihat sebagai terdesak.

Pembantu rumah tidak semestinya dipilih dari negara jiran sahaja, malah pembantu rumah dari pelbagai negara juga boleh dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke negara ini.

Alasannya, kita tidak mahu mempunyai lambakan pembantu rumah yang datang dari sebuah negara, yang mana kita sudah tahu cara serta tingkah laku mereka bekerja di negara ini yang dilihat sering mengundang pelbagai masalah.

Selain itu, banyak negara yang mengambil pembantu rumah, mereka tidak tertumpu kepada sebuah negara sahaja, malah mereka mempelbagaikan pengambilan pembantu rumah dari negara berlainan seperti yang diamalkan oleh Arab Saudi.

Kita mahu lihat pembantu rumah dari negara lain yang mempunyai cara atau kemahiran mereka tersendiri dalam memenuhi tuntutan kerja oleh majikan nanti. Siapa tahu, mereka yang datang dari Myanmar, Filipina, Thailand dan Kemboja, malah di negara lain seperti India, China dan sebagainya dapat memberi komitmen sepenuhnya sebagai pembantu rumah untuk majikan di negara ini selepas latihan intensif diberikan.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia diseru untuk beralih kebergantungan pembantu rumah dari Indonesia kepada negara lain yang bersesuaian dan tidak mengenakan syarat yang ketat. Apa yang kita dapat lihat situasi sebenar dewasa ini, pembantu rumah yang datang dari Indonesia ini seolah-olah ‘ naik minyak ‘ dengan meletakan gaji yang tinggi.

Malah, ada antara mereka yang sudah pandai mengugut majikan dengan meletakkan sesuatu jaminan supaya mereka terus dikekalkan sebagai pembantu rumah atau mereka pulang begitu saja meninggalkan majikan. Inilah yang sering terjadi apabila ‘ diberi betis, mahukan peha ‘.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup