Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Isu Pelajar Kutip Derma

02.07.2012 · Posted in Isu Semasa

Impian dan harapan ibu bapa yang mahukan anak mereka menguasai ilmu akhirat nampaknya sudah lari daripada tujuan asal dan apa yang berlaku adalah disebaliknya. Inilah yang berlaku apabila ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mempergunakan pelajar tahfiz untuk kepentingan peribadi.

Secara dasarnya, bunyinya agak kejam tetapi jika diselak banyak hikmah yang akan didapati daripada kempen yang dijalankan oleh mereka. Bukan memberi sedekah yang perlu diangkat menjadi isu tetapi masalah yang lebih rumit ialah memperjudikan masa depan pelajar dengan membuat ‘kerja amal’ tanpa kerelaan dan pengetahuan ibu bapa mereka.

Adalah sesuatu yang tidak adil apabila golongan remaja ini yang datang kesekolah dengan matlamat untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat diperlakukan dengan tujuaan tertentu.

Kegiatan mereka yang tidak bertanggungjawab sangat mudah. Berbekalkan ‘surat pengesahan’ daripada jabatan agama yang berkaitan dan sebuku resit, sindiket itu akan berlegar di sekitar kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai seperti depan bank, stesen minyak dan kawasan rehat lebuh raya. Sindiket ini mampu mengaut keuntungan berlipan kali ganda hasil daripada kemurahan hati rakyat Malaysia.

Bayangkanlah bagaimana perasaan kita jika yang dipaksa mengutip derma itu adalah anak kita sendiri?. Kita pasti memikirkan yang anak kita sudah menghafal banyak juzuk al-Quran tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Lebih menyedihkan lagi, mereka sepatutnya berada di sekolah seperti rakan sebaya yang lain tetapi pada waktu yang sama mereka juga terpaksa berhempas pulas untuk mencapai sasaran jualan. Ini adalah satu kezaliman yang patut dihentikan.

Jadi kepada ibu bapa, pastikan anak kita dihantar ke Pusat Tahfiz yang sah agar mereka tidak dipergunakan oleh mereka-mereka yang hanya pentingkan diri sendiri. Isu ini tidak akan timbul jika ibu bapa tidak terburu-buru menghantar anak mereka tanpa menyelidiki terlebih dahulu Pusat Tahfiz tersebut dan masyarakat perlu elakkan atau berhenti daripada memberi sumbangan kepada mereka.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup