Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Isu Larangan Bermain Mercun

02.12.2012 · Posted in Isu Masyarakat

Setiap kaum di negara ini bebas mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tanpa perlu rasa takut mahupun tertekan. Atas rasa toleransi antara kaum membolehkan tiga kaum utama di negara ini mengecapi hidup aman dan sentosa selama 54 tahun dan bakal meraikan ulang tahun kemerdekaan ke- 55 menjelang Ogos depan.

Namun, semua ini tidak akan bermakna jika sifat hormat menghormati mahupun rasa tanggungjawab tidak dikekalkan hingga boleh mencalar persefahaman diantara semua kaum.

Lebih buruk lagi jika sikap ‘ mementingkan diri sendiri ‘ yang boleh mengundang kemalangan dan akhirnya pasti memberi kesan buruk bukan hanya kepada satu pihak, malah semua pihak yang terlibat.

Persoalannya, mengapa pihak kerajaan hingga kini masih belum lagi mengetatkan lagi undang-undang larangan bermain mercun serta  penjualannya?. Membakar mercun mahupun menyalakan tanglung tidak pernah dipersoalkan oleh mana-mana pihak sebelum ini malah Jabatan Bomba dan Penyelamat sering bersiap sedia untuk berhadapan jika kemungkinan berlaku kebakaran disebabkan aktiviti itu.

Apa yang menjadi kekesalan, mengapa hanya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina sahaja pembakaran mercun dibenarkan malah penjualannya sedikit pun tidak disekat sedangkan bila tiba Perayaan bagi umat Islam, gerakkan membanteras mercun diperketatkan. Jika dikira dari segi kemalangan disebabkan aktiviti pembakaran mercun sama sahaja. Bagaimana undang-undang larangan penjualan serta pembakaran mercun dilakukan?. .dikuatkuasakan?. Adakah hanya satu kaum sahaja yang diberi keutamaan dalam isu tersebut?.

Jika undang-undang larangan bermain, menjual mercun diharamkan oleh kerajaan, mengapa aktiviti itu tidak dilakukan dengan sepenuhnya, adil dan saksama, tidak mengira kaum mahupun penganggan agama. Masyarakat cuba memahami apabila menjelang Tahun Baru Cina, ada saja pihak tertentu yang membakar mercun. Adakah mereka sedar kadang-kala aktiviti mereka itu tidak digemari kerana bising hingga menganggu masyarakat disekeliling.

Jangan pula kerana sikap memahami yang diberikan, mereka mengambil kesempatan tanpa langsung menunjukkan rasa hormat kepada jiran-jiran mahupun masyarakat lain hingga membakar mercun tanpa mengira waktu dan tanglung yang dinyalakan terlepas hingga hinggap ke atas bumbung rumah jiran. Mereka perlu bertimbangrasa serta bertanggungjawab untuk setiap tindak-tanduk agar tidak menyusahakan orang lain. Jangan pada asalnya ia dilakukan dengan penuh gembira tetapi akhirnya bertukar menjadi kedukaan bagi pihak lain.

Rasa tanggungjawab perlu ada dalam diri setiap individu di negara ini demi memastikan kerharmonian diantara semua kaum dan keselamatan negara tidak terjejas hanya kerana rasa ingin mempertahankan hak sendiri tanpa memikirkan hak orang lain.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup