Isu Iklan Haram

Amat tidak bertanggungjawb malah menyusahkan orang sahaja. Itulah hakikatnya tentang iklan haram yang bersepah sana sini. Boleh dikatakan disetiap bandar dan pekan kecil malah di taman-taman perumahan dipenuhi dengan iklan haram.
Papan iklan haram ini dipaparkan dengan no telefon. Apakah pihak berkuasa tempatan tidak boleh berbuat apa-apa dengan mereka? Aktiviti itu semakin hari dilihat semakin beleluasa hingga mereka berani menampal iklan pada papan tanda tunjuk arah jalan tanpa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.
Isu ini telah banyak kali dibangkitkan namun tiada tindakan susulan yang berkesan bagi menanganinya. Hingga ke hari ni, iklan-iklan haram tumbuh bagai cendawan selepas hujan tanpa mengira undang-undang serta kerosakan harta benda awam. Kepada pihak berkuasa tempatan, mengapa hingga kini masih tiada akta atau tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang mencemarkan pandangan serta merosakan harta benda awam ini?
Nombor telefon sudah tertera pada iklan-iklan dan poster-poster itu, takkan pihak berwajib tidak boleh mendapat kerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu? Apakah pihak yang berwajib tiada jabatan yang bertanggungjawab bagi memantau aktiviti ini dengan membiarkan ianya berleluasa hingga menyusahkan orang ramai?.
Selain iklan-iklan perniagaan dan pinjaman peibadi, ejen-ejen hartanah haram juga tidak terkecuali menampal iklan mereka di rumah, kedai tanpa mendapat kebenaran daripada tuan rumah, di atas pokok, di tepi jalan dan mana-mana saja tempat yang menjadi tumpuan orang ramai lalu-lalang.
Cuba lihat negeri Melaka mahupun Singapura yang dapat mengatasi semua masalah ini. Belajar daripada mereka yang proaktif dengan mengambil tindakan lebih awal. Jangan sampai masyarakat bosan serta hilang kepercayaan terhadap pihak yang diamanahkan.