Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Isu Hukuman Penari Tiang

04.03.2012 · Posted in Isu Semasa

Hukuman denda RM25 ke atas tiga wanita melayu penari tiang memang tak relevan langsung kerana kalau kesalahan mencuri, denda dan penjara yang menanti. Mengapa kesalahan berkelakuan kuran sopan tersebut hanya dijatuhi hukuman denda yang terlalu ringan dan tidak masuk akal langsung?.

Banyak kes seumpama itu berlaku terutamanya yang melibatkan keruntuhan akhlak, sosial seperti berkahlwat, mengandung luar nikah dan pembuangan bayi dikenakan hukuman yang ringan. Akta hukuman menyatakan penjara dan denda yang berat tetapi apabila hukuman dijatuhkan, hanya denda dan penjara yang tidak seberapa sahaja yang dikenakan, malah ada juga pesalah yang dibebaskan begitu saja dengan jaminan.

Disebabkan hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang boleh dianggap serius, maka tidak hairanlah kes-kes sedemikian boleh didengari setiap hari. Bilakah masalah ini akan selesai jika hukuman tidak banyak membantu menyedarkan pesalah?.

Kesalahan yang dilakukan oleh tiga orang wanita yang beragama Islam tersebut seharusnya dikenakan hukuman yang setimpal supaya ia dapat memberi pengajaran kepada orang lain. Kalau sekadar denda RM25 yang dikenakan untuk kesalahan tersebut, remaja sekolah pun mampu untuk membayarnya.

Persoalannya, adilkah hukuman denda RM25 tersebut?. Jika perkara ini terus dipandang remeh oleh pihak berwajib, sudah pasti ia akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Hal ini disebabkan undang-undang yang pada asalnya adalah untuk mengawal masyarakat daripada melanggar landasan nilai yang sepatutnya dan hukuman pula sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan berkenaan.

Pada hari ini, kita telah diperlihatkan bahawa undang-undang yang suci itu tidak dipratikkan dalam nilai yang sebenarnya. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?. Kemungkaran terus mendapat pembelaan.

Justeru, sama-samalah kita fikirkan, apakah yang kita ingin wariskan kepada generasi akan datang.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup