Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Isu Gaji Pembantu Rumah

03.17.2012 · Posted in Isu Semasa

Dahulu isu mengenai penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia yang sudah banyak kali tertangguh. Sekarang ini timbul pula tentang isu gaji pembantu rumah yang dinaikkan ke RM700 hanya untuk satu tugasan sahaja seperti memasak, mengemas rumah atau menjaga kanak-kanak.

Setiap negara mempunyai undang-undang hak masing-masing. Apakah Kerajaan Indonesia tidak faham akan keadaan ini. Disebabkan negara amat berharap kepada tenaga kerja terutamanya pembantu rumah dari negara Indonesia, maka mereka mula menjual saham yang agak keterlaluan.

Kalau gaji RM700 sebulan hanya untuk kerja-kerja memasak, adakah 24 jam harus memasak?. Siapa yang akan makan dalam masa 24 jam tersebut?. Tugas ini hanya di rumah dan bukannya di restoran ataupun kedai makan yang sentiasa memasak untuk pelanggan. Begitu juga dengan tugas menjaga kanak-kanak. Kalau RM700 hanya untuk menjaga anak-anak, lebih baik hantar anak-anak ke tempat asuhan yang berdaftar.

Hakikatnya, di Indonesia, seorang guru pun gaji kurang dari RM700 sebulan dan ramai pekerja di sana menerima gaji serendah dari itu. Kewarasan gaji harus dinilai dengan seadilnya. Seorang pembantu rumah yang bekerja di rumah adalah ditanggung tempat tinggalnya, makan dan minumnya serta bil perubatannya, selain daripada itu ramai majikan juga turut memberikan pelbagai hadiah seperti pakaian dan sebagainya kepada pembantu rumah mereka.

Apakah ini bukan nilai yang harus dipertimbangkan?. RM700 itu sudah terlalu tinggi untuk pembantu rumah. Dulu gaji amah hanya sekita RM300 sahaja, itu pun berebut mereka untuk datang ke Malaysia untuk bekerja.

Justeru, diharap Kerajaan Indonesia menimbangkan semula syarat mereka dan menilai semula persahabatan yang terjalin sekian lama di antara dua saudara serumpun ini. Mengapa kita perlu berbalah dan menyusahkan antara kita?.

Ramai rakyat Indonesia ingin bekerja di Malaysia dan begitu juga ramai majikan di Malaysia memerlukan pekerja dari Indonesia sama ada sebagai pembantu rumah, pekerja ladang dan sebagainya. Carilah titik persefahaman untuk faedah kita bersama.

Kerajaan kedua-dua buah negara harus realistik dan bijak mengendalikan hal ini. Jangan terlalu meminta tanpa sebarang sebab yang munasabah, bila beri betis, mahu peha pula. Fikir-fikirkanlah.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup