Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Isu Cermin Gelap Kereta

04.06.2012 · Posted in Isu Semasa

Mengimbas kembali kepada kes penculikan yang berlaku baru-baru ini, kita dapati rakyat Malaysia kini majoritinya masih mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap masyarakat di sekeliling.

Ramai yang melahirkan rasa simpati di atas penculikan yang sering berlaku pada hari ini sehinggakan terdapat seorang individu melalui panggilan telefon kepada sebuah stesen radio menyalahkan pihak berkuasa di atas kegagalan menguatkuasakan penggunaan tinted cermin gelap pada kereta dan ini menyukarkan orang ramai mengesan keadaan sebenar apa yang telah berlaku di dalam kereta terbabit.

Respon yang di tunjukkan oleh beliau itu menunjukkan betapa beliau mengambil berat dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Bagaimanapun, bukan isu penculikan yang ingin kita utarakan di sini tetapi berkenaan kelembutan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan larangan penggunaan tinted cermin gelap pada kenderaan.

Pengawalan lebih ketat diperlukan dalam menangani masalah jenayah yang semakin rancak berlaku di negara kita ini. Berbalik kepada kejadian culik yang pernah berlaku sebelum ini, pasti ia dapat dihindari dengan penguatkuasaan tinted cermin gelap kenderaan secara tegas oleh pihak berkuasa.

Dengan melarang penggunaannya pada kenderaan, maka orang awam dapat mengetahui keadaan sebenar dalam kenderaan tersebut jika  penculikan atau jenayah lain benar-benar berlaku.

Pihak berkuasa pula dapat melaksanakan tugas dengan lebih lancar lagi kerana dengan mudah dapat mengesan tingkah laku pemandu yang berada dalam keadaan yang mencurigakan. Justeru, diharap rakyat Malaysia dapat memberi kerjasama dengan mematuhi undang-undang larangan penggunaan tinted cermin gelap pada kenderaan yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa kelak.

Sebagai masyarakat, kita seharusnya memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menjayakan program ini dan secara langsung dapat mengurangkan lagi kes jenayah di Malaysia. Kerajaan perlu bertegas dan tidak bertolak ansur dalam hal ini jika mahu larangan penggunaan tinted cermin gelap kenderaan diterima pakai di negara kita.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup