Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Internet Broadband Lembab

05.18.2012 · Posted in Sudut Pengetahuan

Kita sedia maklum bahawa penggunaan laptop kini semakin meluas dengan terdapatnya capaian internet mudah alih seperti TM Wifi serta broadband. Kini terdapat hampir kesemua restoran mahu pun kedai makanan menyediakan perkhidmatan internet mudah alih secara percuma.

Bagi sesetengah pelajar, penggunaan broadband adalah pilihan utama kerana ia mudah di bawa ke mana saja jika kawasan tersebut tidak mendapat liputan TM Wifi secara percuma. Dengan pakej yang ditawarkan oleh pihak telekomunikasi seperti Celcom, Digi dan Maxis, pengguna boleh membuat pilihan untuk melanggan.

Mungkin dahulu, liputan internet mudah alih broadband kurang memuaskan bagi sesetengah kawasan tetapi kini tidak lagi. Kita boleh saja melayari internet tanpa batas di mana-mana sahaja. Apa yang sering menimbulkan masalah bagi pengguna broadband adalah, kelembabpan melayari internet disebabkan modem broadband mudah mengalami masalah kepanasan ketika digunakan.

Selalunya, masalah kepasanan itu mungkin disebabkan oleh keadaan laptop tersebut seperti kipas prosessor berhabuk atau menggunakan laptop sambil mengecas bateri dalam masa yang lama. Jika laptop mengalami kepanasan yang melampau, ia boleh mengakibatkan laptop tersebut akan terpadam dengan sendirinya semasa digunakan atau laptop mudah menjadi ‘hang’. Jika keadaan sedemikian berlaku, pautan internet yang menggunakan broadband akan menjadi lembab dan ada kalanya akan terputus.

Justeru, kita disyorkan agar menanggalkan bateri laptop dan seterusnya menggunakan pengecas bateri jika kita menggunakan laptop tersebut dalam masa yang agak lama seperti 2 hingga 3 jam. Ini boleh meningkatkan jangka hayat bateri. Ketahuilah, bateri hanya digunakan apabila kita berada di luar kawasan di mana tiada sumber untuk pengecas bateri.

Selain daripada itu, penggunaan mozek atau tiles juga dapat membantu mengurangkan kepanasan laptop dan seterusnya membantu melancarkan penggunaan internet broadband. Jelas sekali fungsi ‘ batu sejuk ‘ itu dapat membantu jika kita sering menghadapi masalah kepanasan laptop ketika melayari internet dalam masa yang lama.

Jika laptop atau braodband sering meragam akibat kepanasan, letak laptop anda di atas permukaan lantai mozek dan anda akan mendapati laptop atau broadband anda akan menjadi lebih lancar tanpa sebarang masalah kerana lantai mozek dapat membantu menyejukkan laptop anda terutamanya di bahagian pengecas atau bateri. Selamat mencuba.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup