Hobi Pelik Terima Padah

Macam-macam hal berkaitan hobi atau kesukaan sesetengah orang tapi apa yang menghairankan, ada juga daripadanya yang memiliki hobi yang pelik iaitu suka mengambil gambar curi bahagian bawah skirt wanita.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai buku di Persiaran Gurney di Georgetown, Pulau Pinang. Suspek, seorang lelaki warga Jepun yang berusia 45 tahun itu telah ditahan selepas mangsanya, seorang wanita yang juga merupakan seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di kedai buku berkenaan telah melaporkan kejadian tersebut kepada pengawal keselamatan yang bertugas.
Mangsa marah dengan tindakan lelaki tersebut kerana telah mengambil gambar bahagian bawah skirtnya. Lelaki tersebut telah berjaya ditahan kemudiaannya berhampiran kedai buku berkenaan jam 7.30 malam.
Kesimpulan daripada kejadian tersebut, sebagai seorang wanita, hendaklah berhati-hati setiap masa. Apa-apa saja perkara yang buruk boleh berlaku dalam sekelip mata tanpa disedari.