Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Hadiah Galaxy Note Pink

06.21.2012 · Posted in Sosial Dan Hiburan

Hadiah adalah sesuatu penghargaan yang diberikan oleh seseorang kepada kita. Hadiah tersebut tidaklah semestinya sesuatu yang mahal atau berjenama. Apabila kita menerima sesuatu hadiah daripada seseorang, tentunya kita akan merasa gembira kerana nilai diri kita sebenarnya dihargai.

Bercakap tentang hadiah, tentu ramai yang kurang arif tentang barang atau sesuatu yang patut diberikan. Tentu ada yang tertanya-tanya, barang apa yang hendak dibelikan sebagai hadiah? Kepada sesetengah orang yang kreatif tentu lebih tahu apa yang patut dihadiahkan contoh seperti pandai melukis.

Penulis baru-baru ini telah dihadiahkan sebuah telefon pintar Galayx Note berwarna pink. Pemberian hadiah ini sempena kepulangan penulis ke kampung halaman di Johor. Kalau hendak tahu, penulis memang susah untuk di ajak berjalan-jalan, tambahan perjalanan yang mengambil masa yang lama. Oleh kerana dapat hadiah yang menarik, penulis setuju sangat-sangat…hehe.

Telefon pintar Galaxy Note ini memang menarik dan sesuai dengan citarasa penulis yang gemar melukis, menulis serta merakam gambar. Sebenarnya, penulis bukanlah suka sangat hadiah-hadiah ini tetapi oleh kerana merupakan satu pemberian, penulis terima dengan ucapan berbanyak terima kasih kepada orang yang menghadiahkannya.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup