Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Gejala Sakit Kepala

03.09.2012 · Posted in Sudut Kesihatan

Migrain ialah sakit kepala yang paling kerap di alami oleh seseorang. Antara tanda-tanda migrain ialah sakit kepala yang berdenyut sambil diikuti dengan muntah dan pitam. Migrain membuatkan seseorang berasa tidak selesa, lemah dan tidak bermaya.

Bagaimanapun migrain tidak didedahkan kepada maut. Faktor keturunan turut dikatakan menjadi punca kepada migrain tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti:

Ketegangan

Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaja terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendali masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

Pengambilan ubat-ubatan tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Selain daripada itu, pengambilan makanan yang mengandungi ‘ monosodium glumate atau MSG ‘, kafein dan alkohol juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Metabolik

- Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati juga boleh menyebabkan sakit kepala.

- Berehat seketika dengan berbaring. Baring di atas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk, malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.

- Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran cahaya matahari berlebihan di tempat yang terbuka.

- Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh menambahkan lagi sakit kepala.

- Ketulan ais atau air sejuk boleh juga digunakan untuk meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala tersebut. Tekapkan pada mata seketika.

- Jika masih tidak reda, cuba guna air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.

- Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan.

Jika anda mengalami sakit kepala selama 3 hari berturut-turut, anda dinasihatkan agar pergi berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dengan segera.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup