Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Galaxy S III Meletup

06.23.2012 · Posted in Sudut Berita

Macam-macam hal boleh berlaku apabila teknologi semakin hari semakin maju. Terbaru, sebuah telefon pintar keluaran Samsung Electronic Co. iaitu Samsung Galaxy S III telah dilaporkan meletup di Ireland. Kejadian tersebut didakwa telah berlaku ketika telefon berkenaan berada digangang di papan pemuka kereta.

Sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan berkaitan kejadian tersebut. Kejadian itu mungkin disebabkan oleh masalah pada gangang mudah alih atau sistem pemanas kereta tersebut.

Sebelum itu, ada satu lagi laporan tentang telefon pintar tersebut yang dikatakan menjadi terlalu panas hingga menyebabkan ia meletup. Pada Mac lalu, seorang pelajar sekolah di Korea telah melaporkan bahawa bateri tambahan untuk telefon tersebut telah meletup ketika berada di dalam kocek belakangnya.

Syarikat pengeluar telefon berkenaan menjelaskan letupan itu mungkin berpunca daripada tekanan dari luaran yang keterlaluan. Samsung dalam pada itu akan menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian tersebut. Samsung komited dalam menawarkan pelanggan dengan produk keluaran mereka paling selamat.

Masalah gajet menjadi panas turut dilaporkan pada jenama lain. Pada Mac, kumpulan pemantau pengguna, Consumer Report telah mendakwa bahawa iPad terbaru keluaran syarikat gergasi Apple menjadi sangat panas berbanding model sebelumnya. Kepanasan akan terjadi apabila gajet tersebut digunakan lama.

Penggunaan micro processor, chipset dan RAM pada sesebuah telefon pintar masa kini telah menyebabkan berlakunya kepanasan kepada telefon berkenaan manakala penggunaan bateri juga dikatakan menjadi terlalu singkat berbanding ketahanan bateri telefon yang terdahulu.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup