Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Risiko Gajet Elektronik

05.02.2013 · Posted in Sudut Pengetahuan
Gajet Elektronik

Gajet Elektronik

Penggunaan gajet elektronik memang tidak asing lagi dalam masyarakat kini. Seseorang individu lazimnya mempunyai sekurang-kurangnya satu gajet elektronik bagi memudahkan kehidupan seharian seperti mencari maklumat semasa serta melayari laman sosial. Tidak ketinggalan juga, ramai kanak-kanak masa kini terbabit dalam penggunaan gajet yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Ia mampu memberi risiko jika mereka terjebak dengan melayari laman web yang tidak sesuai.

Kajian mendapati, penggunaan gajet elektronik seperti komputer tablet dan telefon pintar boleh menyebabkan kanak-kanak mula ketagih. Mereka mudah tertarik dengan permainan video yang terdapat dalam gajet tersebut. Apabila kanak-kanak mula ketagih dengan permainan video, secara tidak langsung mereka akan mengabaikan masa untuk makan dan menyemak buku-buku sekolah. Antara risiko yang paling besar yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak adalah mata mereka mungkin terjejas atau menjadi rabun jika terlaku kerap menggunakan gajet elektronik tersebut.

Seorang pakar psikiatri di England, Dr Richard Graham menyatakan kanak-kanak yang ketagih dengan permainan video akan memberontak sekiranya mereka tidak dibenarkan meneruskan permainan dan seterusnya akan bertindak di luar kawalan. Perkara yang menyumbang kepada masalah ini adalah disebabkan oleh sikap ibu bapa sendiri yang membiarkan anak-anak yang masih kecil menggunakan gajet elektronik. Selain itu, mereka juga tidak memantau tempoh masa yang diambil oleh anak-anak mereka semasa menggunakannya.

Bookmark and Share

3 Responses to “Risiko Gajet Elektronik”

  1. setiap benda ada baik dan buruk
    jika x dikawal mmg abis lah.. hehehe

  2. adoi..anak2 sedara semua jenis gila gadget..risau ni..