Filem Lucah Dari Seberang

Published on: Feb 29 2012 by admin

Filem lucah dari Indonesia kini dikatakan menjadi pelaris bagi kebanyakan pengedar filem cakera video digital (DVD) cetak rompak tempatan bagi mengaut keuntungan lebih lumayan. Filem panas dari negara seberang itu dianggap mampu menyaingi filem cetak rompak tempatan berikutan kebanyakan pelakon yang ditonjolkan ialah artis jelita selain bintang pornografi dari Jepun dan Barat.

Lebih dari 100 judul filem Indonesia pelbagai genre terutamanya filem cinta yang berunsur erotik dan hantu memasuki pasaran ialah Ayam Kampus, Skandal, Pelukan Janda Hantu Gerondong, Tante Seksi dan Hantu Tanah Kusir. Walaupun sesetengah premis menjual dengan harga RM7 sekeping, namun sambutan pelanggan amat menggalakkan hingga ada yang terpaksa membuat ulangan tempahan daripada pengedar.

Kebanyakan pelanggan tertarik untuk membeli filem dari Indonesia kerana tertarik pada gambar yang dipaparkan pada kulit album DVD tersebut manakala pengeluar filem dari negara jiran pula bijak mengeksploitasi pelakon wanita dengan kebanyakannya berani beraksi ranjang atau menunjukkan aset tubuh untuk menarik perhatian penonton.

Kebanyakan filem semi porno ini tidak dibenarkan memasuki pawagam Malaysia, namun ada sindiket tertentu yang mendapatkan bekalan sebelum membuat salinan di negara ini. Ia amat menguntungkan dan setakat ini hingga ada penjual yang berjaya menjual 50 DVD filem Indonesia hanya dalam masa seminggu.

Kebanjiran pelbagai filem lucah atau hantu seksi dari Indonesia yang memasuki pasaran tanah air dengan sewenang-wenangnya dalam DVD cetak rompak sejak beberapa bulan kebelakangan ini bukan sesuatu mengejutkan cuma yang membezakan genre filem berkenaan. Ketika ini genre seram hangat dan kesempatan itu diambil pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan membawa masuk secara haram filem genre serupa itu dari negara luar, terutama dari Indonesia.

Pihak berkuasa harus membuat pemantauan terutamya di pasaraya dan sekitar pasar malam kerana kegiatan itu kini dikatakan semakin berleluasa dan berani. Filem itu pula dijual secara terbuka termasuk kepada remaja serta pelajar sekolah. Jika hal sedemikian tidak dibendung degan lebih berkesan, ia akan mempengaruhi minda remaja kita dengan unsur yang negatif malah ia turut menjejaskan pendapatan pembikin filem dan drama tanah air kita.

Bookmark and Share

Sorry, the comment form is closed at this time.