Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Ejen MLM Perdaya Pengguna

07.14.2012 · Posted in Isu Semasa

Laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mendedahkan beberapa aduan daripada pengguna berhubung industri jualan langsung atau pelbagai peringkat (MLM). Sekiranya anda melayari laman blog peribadi, banyak juga yang mengkritik MLM.

Industri jualan langsung terikat dengan Akta Jualan Langsung 1993 ( AJL 1993 ). Syarikat berkaitan perlu mematuhi Akta dan Peraturan Jualan Langsung ( Skim dan Perjalanan ) 2001 yang mula berkuatkuasa pada 15 ogos 2001. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah ejen jualan yang bertindak berlebihan demi melariskan produk atau untuk melatih lapisan tenaga kerja bawahan yang baru.

Mereka menawarkan insentif dan mencanang perkara berlebihan demi menempatkan diri di tangga teratas dalam sistem jualan bagi mendapatkan komesin yang lumayan. Justeru, timbul tipu helah bagi memperdayakan pengguna yang kurang berminat dengan tawaran bonus yang tinggi. Pengguna diperdaya bahawa mereka akan memperolehi bonus pada bulan kedua sebaik menyertai industri ini, namun akhirnya pengguna perlu terlebih dahulu melakukan proses jualan untuk sejumlah unit barangan bagi memperolehi bonus tersebut.

Pengguna (peserta ) yang tidak berkemampuan untuk membeli sesuatu produk, diperdaya untuk mendapatkan pinjaman kewangan peribadi. Sebagai penggunan yang sering kali diperdaya mengharapkan agar Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Bank Negara Malaysia memantau aktiviti berkenaan yang ternyata banyak tipu helah.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup