Dosa Isteri Pada Suami

Published on: Nov 04 2013 by admin

Islam memerintahkan isteri untuk memenuhi ajakan suami untuk bersama agar tujuan dan makna perkahwinan itu wujud. Ini kerana fungsi sesebuah perkahwinan adalah sebagai benteng nafsu mata dan kemaluan bagi suami isteri.

Islam telah menetapkan bahawa tidak memenuhi ajakan suami adalah satu dosa besar, dimurkai ALLAH SWT, dilaknat oleh malaikat serta solatnya tidak diterima sehingga ia bertaubat. Sebabnya, secara tidak langsung, isteri telah menutup jalan yang halal dan memaksa suaminya memilih jalan yang haram untuk memenuhi keperluan seksualnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika suami mengajak isterinya untuk keinginannya (berhubung badan), maka penuhilah walaupun sedang berada di sisi tungku (sedang memasak).”

Imam Muslim ada meriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaan-Nya, tidak ada seorang suami yang mengajak isterinya berhubung badan, lalu ditolak, melainkan penghuni langit akan murka kepadanya (isteri) sehingga suami meredainya.”

Manakala ancaman laknat maklaikat bagi isteri yang menolak ajakan suami pada riwayat al-Bukhari berbunyi: “Jika suami mengajak isterinya untuk berhubung nadan, namun si isteri menolak hingga suaminya marah, maka dia dilaknat oleh maklaikat hingga menjelang pagi.”(Hadis Muttataq’alaih).

Dalam riwayat yang lain pula berbunyi: “Jika isteri tidur terpisah daripada suaminya, maka para maklaikat melaknatnya hingga ia kembali ke tempat tidur suaminya.”

Imam an-Nawawi ketika beliau mensyarah hadis ini menyebut: “Hadis ini adalah dalil larangan kepada seorang isteri yang tidur terpisah daripada suaminya tanpa alasan. Haid tidak termasuk dalam alasan yang dimaksudkan kerana suami masih berhak menikmati tubuh isterinya pada bahagian pusat ke atas. Maksud hadis ini adalah bahawa laknat itu terus menimpa isteri sampai penolakan isteri hilang kerana terbit matahari, atau suami sudah tidak menginginkannya, atau dia bertaubat, atau ketika sudah kembali ke tempat tidur suaminya.”

Adapun mengenai tidak diterima solat isterinya jika menolak ajakan suaminya berdasarkan hadis Jabir ra yang bermaksud: “Tiga golongan yang yang tidak diterima solatnya dan kebaikannya maka mereka tidak terangkat ke langit iaitu hamba yang lari daripada tuannya sehingga ia kembali, orang yang mabuk hingga ia sedar dan wanita yang membuat marah suaminya sehingga suaminya reda.” Demikianlah, wallahualam.

Bookmark and Share

2 Comments to “Dosa Isteri Pada Suami”

  1. Acik Wawa says:

    tQ info pasal perkara ni, umum dah tahu perkara ni, kewajipan seorang isteri terhadap suaminye … jgn sesekali kite abaikan …

Sorry, the comment form is closed at this time.