Demonstrasi Haram Di Malaysia

Dalam sistem pemerintahan negara kita yang berlandaskan demokrasi dan raja berpelembagaan ini, politik adalah suatu pekara yang memang tidak asing lagi. Negara kita mengamalkan amalan demokrasi dalam memilih bakal kerajaan yang akan menerajui negara kita. Pelbagai asam-garam tentang politik meniti dari mulut ke mulut seluruh rakyat malaysia yang berbilang kaum dan kepercayaan.
Dalam suasana politik yang semakin hangat diperkatakan, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba untuk mencemarkan nama baik politik di negara kita semata-mata untuk merealisasikan impian mereka.
Kita dapat lihat dengan jelas, mahasiswa di zaman ini telah berani bersuara serta campur tangan dalam hal politik. Akhir-akhir ini kita digemparkan dengan berita keberanian seorang mahasiswa yang telah menurunkan bendera Pedana Menteri kita serta penuntut IPTA dan IPTS berdemonstrasi.
Keberanian mereka disalah guna dengan menyertai demonstrasi haram seperti itu. Keberanian bersuara dalam memperjuangkan sesuatu matlamat haruslah melalui cara dan saluran yang betul, bukan dengan cara yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Sayanglah jika Keberanian seperti itu disia-siakan.
Hak bersuara memang dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia dan juga pengundi yang berdaftar pada umur 21 tahun ke atas, namun bersuara dengan cara berdemonstrasi haram menunjukkan bahawa kita tidak berada pada landasan yang betul dalam menuntut sesuatu dan kurang arif dalam hal politik ini.
Bagi mahasiswa yang selama ini diberi bantuan dan kemudahan oleh kerajaan sejak mereka memulakan alam persekolahan, mereka sepatutnya bersyukur serta berterima kasih atas segala bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada mereka hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke tahap yang tinggi.
Setiap manusia mempunyai keinginan mereka tersendiri, namum tidak semua keinginan mereka akan dapat mereka capai. Begitu juga kerajaan, terlalu banyak hal lain yang berkaitan negara yang perlu diutamakan serta perlu berbincang setiap tindakan serta sebarang keputusan dibuat sekaligus mengkaji kesan negatif jika mereka meluluskan sesuatu yang memungkinkan ada sebilangan rakyat kurang senang dengan tindakan itu.
Oleh itu, dalam usaha kerajaan memacu negara ke arah negara maju menjelang 2020, kualiti pendidikan untuk semua pelajar di Malaysia sangatlah diutamakan kerana mereka ini adalah bakal peneraju ekonomi dan sebagai tenaga kerja yang berkualiti yang mampu bersaing dengan pelajar dari luar.
# Fikir-fikirlah sejenak apa yang telah berlaku pada sesetengah negara Islam di luar sana.