Dakwah Tangani Gejala Sosial

Published on: Jul 19 2012 by admin

Umat Islam kini berdepan dengan pelbagai masalah kegawatan sosial. Keadaan ini perlu dipandang serius dan dibanteras sebelum ianya merebak menjadi barah yang akhirnya merosakan segenap lapisan masyarakat.

Selain penguatkuasaan, penyampaian dakwah juga menjadi satu kaedah yang berkesan dalam memberi kesedaran dan pengetahuan agama kepada masyarakat. Biasanya ia diadakan dalam kuliah dan ceramah ilmu di masjid, surau atau dewan tertentu. Namun, khalayak yang hadir kebanyakannya tentulah mereka yang sudah mempunyai keinsafan dan jinak dengan majlis keilmuan berkenaan.

Hakikatnya, di luar sana masih ramai anak muda yang terjebak dengan pelbagai kegiatan yang tidak bermoral seperti merempit, menagih dadah, berfoya-foya di kelab malam, menawarkan khidmat seks di tempat terbuka dan pelbagai ragam gejala yang menyakitkan mata memandang.

Dalam menagani hal sedemikian, pendakwah perlu turun padang untuk menyampaikan dakwah kerana kita sudah tahu bahawa di situ ada insan yang perlu diinsafkan dengan penuh hemah. Ia adalah langkah alternatif kepada penguatkuasaan dan sudah jelas sasarannya.

Kita tidak perlu tunggu mereka insaf dan kembali mengimarahkan masjid kerana sebelum sedar mungkin pelbagai implikasi sedang menunggu kehidupan mereka. Mungkin ia kelihatan pelik, cuba kita bayangkan jika ceramah agama diadakan di kawasan pelacuran seperti Jalan Chow Kit atau lokasi panas yang lain. Pendekatan ini boleh digunakan di seluruh negara yang mempunyai kawasan maksiat terbuka.

Jika ada daripada mereka yang kembali ke pangkal jalan kesan daripada mesej dakwah itu, alhamdulillah.

Bookmark and Share

Sorry, the comment form is closed at this time.

Sorry, the comment form is closed at this time.