Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Buang Tabiat Merokok

07.20.2012 · Posted in Sudut Kesihatan

Kenaikan duti eksais mampu mengekang penularan tabiat merokok dalam kalangan masyarakat. Jangkaan kenaikan duti eksais tembakau sebanyak tiga sen seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian pada 14 Julai 2012 telah mencetuskan reaksi berbeza.

Seperti yang dipaparkan pada kotak rokok yang nampaknya seperti tidak memberi sebarang kesan kepada perokok, bahaya asap rokok bukan saja boleh menyebabkan kanser paru-paru, bahkan segenap organ terdedah kepada pelbagai risiko.

Kerosakan genetik juga boleh berlaku dan kesannya hanya dapat dilihat pada anak-anak yang bakal lahir atau generasi selepas perokok itu meninggal dunia. Perbuatan merokok sudah membudayakan masyarakat kita. Walaupun ada yang menjauhi tembakau, masih ramai yang merokok di tempat awam.

Ada kalanya, perokok kita lebih bahaya dari rejim Yahudi di Asia Barat. Israel sudah lama memperkenalkan larangan merokok di tempat awam berbanding di Malaysia dan Asia Tenggara. Mereka berjaya mengurangkan jumlah perokok dalam jumlah yang begitu besar.

Laporan Haaretz, 1 Jun 2012 membuktikan penjualan rokok merosot di Israel. Ruangan khas untuk merokok juga dikecilkan kerana bilangan penduduk yang tidak merokok semakin ramai.

Kita patut bertindak tegas dalam hal ini. Penguatkuasaan undang-undang perlu ditingkatkan selai kaunseling oleh pakar. Terapi gantian juga suatu pilihan yang ada di hospital kerajaan. Kebanyakkan cubaan untuk berhenti merokok gagal kerana perokok mencuba kaedah yang kurang tepat atau langsung tidak mencubanya.

Kedatangan Ramadan kali ini juga suatu tempoh latihan intensif untuk mengurangkan sebelum memberhentikan terus tabiat ini. keluarnya kita dari bulan tarbiah tahun ini diharapkan sebagai graduan yang bukan saja berjaya sebagai lulusan cemerlang pada skala akhiratnya, bahkan dengan lebel baru iaitu bekas perokok yang berjaya berhenti dalam madrasah Ramadan.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup