Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Beli Jam Tangan Tiruan

07.05.2012 · Posted in Sudut Berita

Apabila sesuatu jenama atau rekaan itu mendapat permintaan tinggi maka “lanun-lanun’ mulalah menjalankan kegiatan mereka dengan menirunya. Kegiatan menjual barangan tiruan selalunya mendapat perhatian umum kerana banyak kes sedemikian terjadi. Yang selalu menjadi mangsa adalah mereka-mereka yang rabun mata apabila melihat atau mendengar tawaran harga sesuatu barangan itu begitu rendah.

Seorang pesara kini menjadi mangsa terbaru apabila terbeli seutas jam tangan tiruan di sebuah kedai di Plaza Pelangi, Johor Bahru.  Jam tangan jenama Tissot yang dibelinya dengan harga yang ditawarkan iaitu RM1,100 sebenarnya adalah tiruan. Beliau membeli jam tangan itu kerana harganya terlalu rendah berbanding harga RM1,700 yang ditawarkan di kedai lain.

Setelah membeli jam tangan tersebut, beliau mula merasa curiga apabila melihat ada perbezaan pada logo jam tersebut dengan logo jam yang sama dimilikinya. Beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Swatch Groups untuk menelitinya dan keputusan telah mendapati bahawa satu daripada jam tersebut adalah tiruan.

Beliau terus menghubungi syarikat penjual jam tangan tersebut untuk mendapatkan penjelasan berkenaan pembelian itu tetapi syarikat penjual tersebut tetap mempertahankan bahawa jam tangan yang dibelinya pada 15 mei lalu itu sebagai produk tulen dengan alasan jam tersebut mempunyai rekod dengan Swatch Groups termasuk nombor sirinya.

Setelah tidak berpuas hati, beliau terus membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi menuntut haknya sebagai pengguna. Susulan prosiding itu, wakili syarikat penjual jam tangan tersebut iaitu T.c.l Gold Enterprice telah bersetuju untuk mengembalikan wang sebanyak RM1,100 kepada beliau.

Pihak TTPM ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati jika membeli sesuatu produk terutamanya yang berjenama agar tidak menjadi mangsa penipuan kerana barangan tiruan hampir sama seperti yang tulen.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup