Bank Bocor Maklumat Pelanggan

Pada awalnya boleh la dikatakan hanya satu kebetulan apabila tiga bank mengirimkan kad kredit dengan alasan ianya memudahkan urusan harian. Bagaimanapun, jika ada syarikat yang sering mengirimkan risalah perniagaan, insuran dan sebagainya ke rumah, ia seolah-olah menganggap kita ini antara pelanggan yang berpotensi untuk membelinya.
Setiap kali menerima kiriman, sama ada dari pihak bank atau syarikat perniagaan, ada saja panggilan telefon yang menghubungi kita. Yang menghairankan, segala nama dan data-data peribadi kita diketahui mereka.
Mereka mengetahui nama lengkap kita dan nombor telefon bimbit, pejabat dan rumah. Apabila disiasat, maklumat peribadi kita sebenarnya sudah didedahkan oleh ejen sebuah syarikat. Sering kali hal ini berlaku terutamanya melalui panggilan telefon.
Perkara ini membuatkan kita merasa kesal kerana era teknologi terkini memudahkan syarikat tertentu menjalinkan kerjasama dengan pihak bank bagi tujuan mendedahkan maklumat pelanggan kepada pihak lain.
Sepatutnya syarikat harus menjaga sistem kerahsiaan dan menghormati hak pelanggan mereka. Mendedahkan maklumat pelanggan adalah satu jenayah yang wajar dibendung.
pernah dapat call offer utk buat visa gold card..bo layan hehe
Nice article really I like it,salam ukhuwah dari INDONESIA.