Ancaman Laman Sosial

Published on: Feb 14 2013 by admin
Ancaman Dunia IT

Laman Sosial

Kajian yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati rangkaian sosial berisiko terhadap kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak mudah ketagih dan secara tidak langsung akan memasukkan semua maklumat peribadi ke dalam laman sosial tersebut.

Memang kanak-kanak akan memaklumkan kepada ibu bapa mereka bahawa mereka hanya bersembang dengan rakan sebaya untuk mencari maklumat, berseronok, berkongsi pendapat dan bersosial. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa ada individu berbahaya yang akan turut berada di dalam talian yang akan mengikuti mereka dan akan cuba mempengaruhi golongan kanak-kanak ini.

Statistik mendapati, kebanyakan kes kanak-kanak dan remaja bawah umur lari dari rumah adalah berpunca daripada terpengaruh dengan kenalan dalam laman sosial. Justeru, ibu bapa dan guru adalah penjaga yang paling sesuai untuk memantau aktiviti rangkaian sosial kanak-kanak ini agar mereka terhindar daripada bahaya melayari laman sosial.

Bookmark and Share

Sorry, the comment form is closed at this time.

Sorry, the comment form is closed at this time.