Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Ambil Dadah Untuk Langsing

02.15.2012 · Posted in Sudut Kesihatan

Malu untuk keluar rumah atau bersama kawan-kawan?. Ingin kelihatan Cantik dan Bergaya?. Saiz badan terlalu gemuk? Apabila perasaan tertekan dengan penampilan diri yang kurang menarik, mereka sanggup berbuat apa saja, asalkan impian mereka tercapai.

Itulah Wanita yang tidak boleh dipisahkan dengan Dunia Kecantikan hingga sanggup berbuat apa saja demi mengejar apa yang diidam-idamkan iaitu ingin sentiasa kelihatan cantik, langsing dan bergaya.

Semakin ramai golongan wanita masa kini termasuk remaja yang obses dengan kecantikan, terutamanya yang mahu menurunkan berat badan dan kekal langsing hingga sanggup memilih syabu atau pil kuda bagi tujuan demikian.

Tindakan terbabit bukan saja memudaratkan diri mereka tetapi menyebabkan bilangan penagih dadah meningkat dengan mendadak malah antara yang tertinggi berbanding penagihan dadah jenis lain.

Lebih menyedihkan, trend baru pengambilan syabu di kalangan wanita ini hanyalah semata-mata untuk menguruskan badan. Ramai diantara mereka ini membabitkan golongan profesional yang sanggup membayar harga hingga mencecah RM100,000 hingga RM250,000 sekilogram bagi membolehkan mereka kelihatan cantik.

Maka Tidak hairanlah jika setiap kali rampasan dadah yang dibuat oleh pihak berkuasa melebihi ratusan ribu ringgit malah ada yang mencecah hingga jutaan ringgit.

Sudah menjadi gaya hidup peringkat global sekarang di mana wanita yang mahu menguruskan badan agar kelihatan cantik serta menawan akan mengambil syabu sebagai langkah yang paling mudah dan berkesan. Jadi wanita yang mulanya tidak mengambil dadah, apabila mula mengambil syabu, berat badan mereka akan susut serta menjadi kurus.

Hasil kajian menunjukkan, dunia kini menghadapi ancaman besar berkaitan dadah perangsang jenis itu yang turut menyaksikan ramai remaja termasuk pelajar sekolah turut cenderung mengambil dadah berkenaan sehingga ketagihan.

Pada peringkat global, ia sudah menjadi satu epidemik (wabak) yang mencatatkan sebilangan kes yang mana golongan wanita mengambil dadah perangsang itu untuk menguruskan badan serta mengekalkan bentuk badan yang dikehendaki mereka. Dadah, terutamanya pil kuda boleh membuatkan mereka tidak tidur dan makan dalam jangkamasa tertentu serta ada dikalangan mereka yang tidak tidur selama beberapa hari.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup