Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

Akademi Bola Sepak Negara

04.16.2012 · Posted in Isu Semasa

Malaysia memerlukan akademi bagi melahirkan atlet bola sepak yang kini kian suram pada peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, kemerosotan mutu permainan bola sepak Malaysia pada peringkat antarabangsa begitu menyedihkan, lebih-lebih lagi kegagalan pasukan bola sepak senior negara layak ke pusingan kedua peringkat kelayakan Olimpik di Brazil apabila ditewaskan oleh pasukan bola sepak negara jiran, Singapura.

Kita kurang pendedahan pada peringkat antarabangsa dan hanya beraksi longlai dan tiada kesungguhan dalam erti kata ‘ total football ‘ yang mula diperkenalkan di Belanda. Lihatlah prestasi bola sepak Malaysia yang kini menjunam berbanding Bangladesh. Satu kenyataan yang cukup memeritkan. Tapi itu adalah kenyataan. Bukannya sindiran. Ini kerana kedudukan Ranking FIFA Malaysia (sehingga 11 April 2012) yang terkini adalah ditangga 156 dunia. Sedangkan Bangladesh pula berada ditangga 152 dunia.

Lihat saja pasukan bola sepak dari Vietnam dan Thailand yang bersungguh-sungguh walaupun berdepan pasukan yang lebih handal di peringkat antarabangsa. Kita sepatutnya mencontohi mereka yang mengamalkan corak permainan yang bergitu jitu dan bersungguh-sungguh walaupun kurang pendedahan dan pengalaman bermain diperingkat tersebut.

Justeru, akademi bola sepak pasukan negeri perlu dibentuk dari sekarang bagi mengasah bakat anak muda dalam sukan berkenaan dengan lebih tersusun, termasuk bidang akademik. Akademi ini perlu diwujudkan berdasarkan umur pada peringkat antarabangsa agar mereka berpeluang beraksi pada kejohanan peringkat Asia mahupun antarabangsa.

Persatuan bola sepak Malaysia harus menagani isu berkenaan dengan segera dan lebih berkesan demi meningkatkan mutu permainan bola sepak tanah air. Majulah sukan untuk negara.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup