Info Klasik Ruangan Isu Semasa dan Sosial

500 keping DVD Lucah Dirampas

06.26.2012 · Posted in Sudut Berita

Kerajaan memandang serius masalah cetak rompak yang dilihat semakin berleluasa. Melalui hasil risikan selama tiga bulan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya, penguatkuasa telah berjaya merampas sejumlah 50,000 cakera video digital (DVD) cetak rompak berlainan tajuk dan turut menyita 19 mesin penyalin bernilai RM5 juta dalam satu serbuan di sebuah lot kedai di Jalan PJU 31A/35, Ara Damansara, semalam.

Ketika serbuan dilakukan, penguatkuasa (KPDNKK) terpaksa memecahkan pintu premis perniagaan tersebut kerana didapati tiada penghuni di dalamnya. Mengikut siasatan, premis tersebut telah beroperasi selama tiga bulan.

Antara DVD cetak rompak yang berjaya dirampas pihak KPDNKK adalah terdiri daripada filem Melayu dan antarabangsa, manakala 500 keping daripadanya adalah DVD lucah. Penguatkuasa (KPDNKK) yakin bahawa DVD cetak rompak itu adalah untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Bookmark and Share

Ulasan Telah Ditutup